Wednesday, May 11, 2011

Tiada Jalan Keluar Bagiku

Bermula jam 1200, 6 Mei 2011. Internet di rumahku sudah mula buat
perangai. Memang aku tak suka internet slow! Ketika itu, aku dapat
merasakan keghairahan rakan-rakan seperjuangan untuk melihat keputusan
UPU. Apa kurangnya aku? Aku pun ada dalam list jugak! Tak terkecuali!

Sebaik sahaja mendapat tahu aku diterima untuk meneruskan pengajianku
di UiTM (seni lukis dan seni reka), terbit kesyukuran kepada Yang Maha
Esa. Sesungguhnya Dia telah menerima doaku dan mengabulkan hajatku.
Memang ini yang aku usahakan selami ini, dan semestinya aku
menghendakkannya!

Tapi sehingga ke hari ini, aku masih belum mengesahkan penerimaan aku
untuk ke UiTM. Bukan aku tak mahu. Tapi aku takut tersilap langkah.
Ya, aku tahu aku minat. Tapi bagiku, minat menjadi tempat kedua dihatiku
apabila ditandingkan dengan ibu dan ayahku. Aku memilih UiTM, tapi
mereka mahukan aku ke Matrikulasi.

Aku tidak membantah, tidak jugak mengeluarkan hujah. Aku hanya
membatukan diriku. Bukan aku tak mahu mempertahankan keinginan aku,
cita-cita aku, dan masa depan yang telah aku pilih. Tapi aku tidak mahu
mengguris hati mereka. Sungguh! Aku lemah bila mereka mula bersuara.
Kerana aku sangat sayang ibu dan ayah.

Ya Allah, masih berbaki 2 hari untuk aku membuat pilihan. Dalam sujudku,
aku meminta petunjukMu Ya Allah. Dalam kesyahduan doaku, aku selitkan
permintaanku agar Kau memberiku sebaik-baik jalan penyelesaian.
Sesungguhnya aku hambaMu yang kerdil, yang hina ini amat
mengharapkan pertolongan daripadaMu agar permudahkan aku membuat
pilihan.

Ya Allah, Tuhan pencipta alam, yang telah menjatuhkan dugaan ke atas
diriku ini. Aku meminta kepadaMu agar menunjukkan aku jalan keluar
untuk masalahku ini selepas istikharahku. Seandainya masih tiada jawapan
daripadaMu, aku akan patuh kepada ibu dan ayahku.

2 comments:

  1. Sebelum aku tidur..aku nak cakap.

    Pergi je la uitm tu...cakap sikitt dengan parents kau tentang minat kau. yakinkan mereka. InsyaAllah diorang faham.

    Boleh teman aku..jadi pendengar aku main gitar :)

    hehe..tu je. tata~

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    alhamdulillah aku da dapat jawapan..
    jangan risau okeh..
    itu yang terbaik untuk aku..

    ReplyDelete