Wednesday, May 18, 2011

Dia

hari ini aku keluar jalan-jalan dekat KL. best. serius best! 12 Mei 2011
akan kekal dalam memori otak aku selagi mendapat izinNya. on the way
balik, dalam komuter. aku tak salahkan dia kerana bertanya. kalau tak
bertanya, sampai bila-bila pun dia takkan mendapat suatu kebenaran.

pertanyaan dia cukup ringkas. tapi sangat-sangat bermakna!

"kau ada suka siapa-siapa?"

terima kasih kerana bertanya. secara tak sengaja, aku teringat kembali kisah
lama. aku tak tahu kisah suka atau duka. cuma aku akan tetap mengingati
dia sebagai pengajaran untuk diri aku.

bila sudah ditanya, takkan aku nak berdiam diri. jawapan yang jujur aku
berikan. tak tergamak untuk aku membohongi dia.

"tak ada. cuma ***** je laa."

jawapan yang pelik ke? tapi itu memang ikhlas. aku tak tipu.mungkin aku
masih menunggu dia walaupun aku tahu tiada ruang di hatinya untuk aku.
aku cuma menunggu masa agar Tuhan memberi peluang kepada aku untuk
menerima orang baru. Terima kasih ***** kerana hadir dalam hidup aku
yang serba kekurangan ini.

No comments:

Post a Comment