Wednesday, April 27, 2011

Cerita Lama

accidentally hari nih aku free gilerrr.... hahaha!! (padahal tiap-tiap hari pun 
aku free) .. after nailah call, planning pasal nak meronggeng lagi esok, aku 
pun merajinkan diri untuk buka blog aku yang da bersawang.. (hahaha!! 
gebang je..) entah macam mana naluri keibuan aku menguasai diri aku yang
kerdil nih.. aku pun TERbuka laa satu blog nih masa aku blogwalking.. and
YES!! aku terkejut tengok title entri dia yang terpapar dekat blog dia tu..
guess what.. hahaha!! EX-ATTEAN.. 

okeh, abaikan apa maksud dia tulis attean.. aku pun kurang pasti.. tapi aku 
nak tegaskan ATT sebabnya aku ex-att.. so, aku pun baca laa.. hahaha!! 
okeh, lagi sekali aku terkejut+terharu sebab aku tahu and kenal penulis 
blog tu.. hahaha!! tapi apa yang dia tulis tu semua CERITA LAMA.. 
sememangnya kenangan yang manis bila dikenang kembali akan buat kita 
terseyum sampai ke telinga.. tapi macam mana pulak dengan 
kenangan pahit?? 

okeh, itu korang jawab sendiri sebab lain orang lain respon dia.. kalau dia 
boleh buat pengakuan macam tu, aku pun boleh.. lagipun blog aku nih da
macam private blog jugak laa.. yang follow pun orang-orang yang boleh 
dipercayai.. kan kan kan?? 

kalau laa kau tahu sepanjang kita SPM dulu, aku selalu tengok kau dari
jauh.. ye laa.. pindah ATF, masing-masing duduk bilik lain-lain.. setiap
malam aku akan tunggu sampai kau tidur baru laa aku tidur.. kalau laa
kau tahu dalam kelas aku selalu tengok kau walaupun sejak incident tu
kau tak tengok aku da.. (maybe kau tak tengok aku.. hakikatnya aku tak
tahu..) bila aku nampak kau, memang aku selalu larikan diri tapi dari jauh
aku langsung tak lepas untuk memandang kau.. setiap kali aku teringat kau,
hati aku sakit sangat.. bukan sebab salah kau tapi sebab kebodohan aku..
aku rasa bersalah sangat dengan kau sampaikan waktu budak-budak seni
stay lebih seminggu, SPM.. aku selalu cari peluang untuk ziarah arwah
ayah kau.. aku minta maaf sebab tak minta kebenaran daripada kau..
(hahaha.. ada gaya orang putus cinta tak??)
 
okeh, aku nak cakap yang sebenarnya aku rasa bersalah sangat dekat 
kau and aku memang sayang kau sampai bila-bila pun! semua yang kau
pernah bagi dekat aku, aku simpan elok-elok termasuk laa benda pelik
yang kau buat dekat kepala aku nih.. hahaha!! and aku harap kau bahagia
dengan kehidupan kau sekarang.. mungkin lebih baik untuk kita jadi macam
nih kan?? semuanya da tercatat sejak azali lagi cuma aku tak tahu bila kita
akan jadi macam dulu.. tapi mungkin juga tak akan kembali macam dulu..
 


p/s: aku tak tahu laa sampai bila aku nak terus-menerus menaip pasal
kau.. dulu da.. dua kali da kot.. sekarang ada lagi.. lepas nih aku tak
tahu laa.. =.=''

Friday, April 22, 2011

Surat Kepada BOYFRIEND Anak Aku

Kepada BF anak aku,

Peraturan 1:

Kalau kau sampai dekat pagar rumah aku lepas tu dok hon…hon,
pastikan kau bawak barang yang nak dihantar.. sebab kau takkan ambil
apa-apa atau sesiapa..

Peraturan 2:

Jangan kau pegang-pegang anak aku depan atau belakang aku. Kau boleh
pandang dia, selagi mata kau tak merayau lebih dari paras leher anak aku.
Kalau kau tak boleh jaga tangan kau dari dok pegang-pegang anak aku..
aku boleh tolong cabut dan jaga tangan kau dekat rumah..

Peraturan 3:

Aku tau sekarang nih fesyen budak-budak pakai seluar londeh sampai
nampak boxer atau spender.. Aku nih open-minded, aku pun tak nak
menghalang kau berfesyen.. so aku takkan suruh kau pakai seluar tu
elok-elok macam manusia normal.. Tapi, bagi memastikan yang seluar kau
takkan terbukak atau dibukak semasa ber'dating' dengan anak aku, aku
akan pakai stapler gun dekat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar kau
dekat pinggang..

Peraturan 4:

Aku rasa mesti kau tau pasal kempen seks 'selamat' yang omputih dok
canang hari-hari dekat tv atau internet.. Kalau tak pakai perlindungan
macam kondom atau lain-lain, kau mungkin akan dapat penyakit yang akan
meragut nyawa kau satu hari nanti.. Meh sini aku nak bagitau, kalau dengan
anak aku nih, aku laa pelindung tu.. dan aku akan mendatangkan sakit
dekat tubuh badan kau dan berkemungkinan besar akan bunuh kau jugak..
faham?!

Peraturan 5:

Biasalah kalau kau nak berkenalan lebih baik dengan aku nih sebagai
calon bapak mertua kau.. kau nak berbual pasal politik, pasal sukan atau
lain-lain isu hangat semasa.. Aku takmo dengar semua tu.. aku nih tak kuno..
tiap-tiap hari aku baca paper.. rumah aku pun ada tv.. boleh tengok
berita TV3.. Satu je topik yang aku minat nak dengar, 'bila kau nak hantar
anak aku balik ke rumah nih semula?' dan jawapan yang aku nak dengar
cuma, 'awal'..

Peraturan 6:

Aku rasa kau nih hensem, kalah brad pitt.. popular kat kolej/pejabat kau,
banyak peluang nak dating dengan aweks-aweks lain yang lagi kiut-miut..
aku tak ada hal dengan kelebihan kau tu..selagi anak aku pon ok dengan
kepopularan kau.. Tapi, sekali kau da couple dengan anak aku, kau jangan
pandai-pandai cari perempuan lain sampai laa anak aku dah bosan dengan
kau atau dia break-off dengan kau.. Kalau kau buat anak aku menangis,
aku pulak akan buat kau menangis.. hehehehe...

Peraturan 7:

Sementara kau menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalau
dia bersiap lama sangat.. Kalau kau nak orang yang punctual, kau boleh
dating dengan mat askar.. jadi laa kau gay.. Kalau kau bosan menunggu
dekat luar tu, ringan-ringankan laa tangan tolong laa buat apa yang patut,
macam basuh kereta aku atau cat pagar rumah aku nih.. da lama sang
karat menginap secara percuma dekat pagar antik aku nih..

Peraturan 8:

Tempat-tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating..
tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang
boleh duduk-duduk atau baring-baring.. tempat-tempat yang tak ada
kehadiran orang tua, polis, tok imam.. Tempat-tempat yang gelap..
Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau
bersukaria.. Tempat-tempat yang panas sampai membuatkan anak aku
terpaksa pakai t-shirt tak ada lengan.. pakai short skirt. Tempat yang sejuk
sampai kau kena panaskan badan anak aku.. Movie yang romantik,
berunsurkan cium-cium tu elakkan.. Movie pasal seksa kubur atau hari
kiamat dibolehkan.. ;D

Peraturan 9:

Jangan sekali-kali menipu aku.. Aku nih nampak je perut buncit, kepala
hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan kau dari spy-spy aku..
Kalau aku tanya kau nak pergi mana, dengan siapa lagi yang join korang,
kau ada satu peluang je nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar
melainkan yang benar-benar belaka.. Aku ada satu senapang patah, satu
cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan dekat belakang umah aku
nih.. Selalunya aku dok menembak khinzir dekat situ.. Kalau aku tembak
kepala kau dekat belakang tu, tak ada siapa yang nak tanya.. Jangan
main-main dengan aku..

Peraturan 10:

Kau patut takut dengan aku nih.. kalau boleh biar sampai sangat-sangat
takut.. tapi jangan kau takutkan aku lebih daripada kau takutkan Pencipta
kau.. Aku nih dok teringat lagi peristiwa bukit kepong.. Sampai sekarang
kalau ada orang datang rumah senyap-senyap lepas tu dok berbual dekat
laman, aku memang nak tembak.. aku ingatkan komunis.. Nanti da habis
dating, sampai dekat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua-dua
tangan kau tinggi-tinggi.. Cakap dengan jelas, “saya datang hantar anak
pakcik”.. lepas tu terus blah.. Tak payah masuk minum teh.. Kilauan
matahari yang kau nampak dekat tingkap rumah aku nih sebenarnya
teropong senapang sniper aku..

hahahahaha!!

salam sayang,
bakal bapak mertua kau!

sumber: aishah ariff
diedit oleh: pemilik blog  

hahaha!! berkerut-kerut dahi kau baca surat daripada bapak aku!!

Suka Hati Laa

The latest.. aku TERbaca laa dekat blog orang-orang tertentu.. bagi aku, tak
ada masalah.. tapi bagi mereka sangat-sangat laa bermasalah! tapi nak buat
macam mana kan.. lain orang lain gaya pemikiran dia.. kalau stok-stok
macam aku nih, sempoi je.. asalkan sedap mata memandang, aku on je..
(hahaha!! gaya cerita macam nak cari laki kan??)

Jejaka Merah
Awek Cute
Minah Cun

okeh.. semua yang aku membebel time intro, ada kena-mengena dengan
entri mereka berempat nih.. (nak tahu, korang klik je dekat nama diorang)
aku tak nak kritik laa.. pendapat mereka kan.. but bagi aku, itu blog
orang weyy!! suka hati laa nak buat apa pun kan kan kan?? tak semua yang
kita suka orang boleh terima.. so, terima laa persekitaran kita nih seadanya..
kalau semua orang nak ikut cita rasa korang, dull laa dunia nih.. tak variasi..
bagi aku, orang-orang yang macam korang nih, satu word je laa yang akan
TERpacul dari mulut lancang aku yang comel nih..
JEALOUS... FIKIR-FIKIRKAN BALIK.. ^_^

Thursday, April 21, 2011

Cuak Punya Pasal

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia!

terlajak perahu boleh berundur,
terlajak buat blog boleh ke undo??


hahahaha!! nih semua gara-gara kekalutan aku bila blog tiba2 hilang dari
pandangan mata!! OMG! dashboardku kosong! blogku hilang! =.=''
nih laa padahnya bila tak pernah nak berusaha cari balik blog.. padan muka
aku.. nak delete balik blog nih sayang laa pulak.. hahaha!! oke kawan-kawan..
diharap jangan keliru ye.. saya masih orang yang sama cuma tiba-tiba ada
dua account blogger.. biasa laa.. insan terpilih kan.. susah tau nak jadi insan
terpilih nih!

hahaha!! alhamdulillah, jam 1445 tadi, aku jumpa balik blog aku secara tak
sengaja masa aku on the way nak buat blog baru guna account gmail..
tiba-tiba je error.. bertambah-tambah laa kebengangan aku kan.. after da
baca macam2 dekat help, ada seorang mamat nih kata, just klick the back
button and everything will be normal.. so, aku pun try je laa.. mana tahu
betul.. last2 aku klik button back, terus masuk dashboard account blogger
yang baru.. pehhh.. time tu bersyukur sangat-sangat!! sebabnya aku terus
masuk account blog lama aku yang aku baru je tukar admin!! mati-mati aku
ingatkan aku da dipisahkan dengan blog kecintaan aku!!
ohh my beloved blog!  


tapi, aku takkan delete blog nih.. da hasilkan takkan senang-senang nak
buang.. apa kau ingat aku nih tak berhati perut ke nak delete suka-suka
hati aku?? aku bukan macam mereka-mereka yang tergamak buang anak!
(hahaha!! merepek sekejap) sayangi laa blog anda..

kepada hijauhijauku, 'mama' ucapkan selamat lahir ke dunia blogging!
bersiap sedialah untuk terus diupdate dan menjadi lebih 'dewasa'!!! ^_^