Wednesday, June 29, 2011

Kabur

KAWAN 1

"Azeema.. sanggup ke kau berikan kasih sayang kau pada lelaki
yang pernah memberikan kasih sayang dia dekat perempuan lain
sebelum ni?"

"cuba kau fikirkan balik. kau pun tau kan. semua lelaki nak perempuan
yang baik. lagi best kalau dapat yang memang bersih daripada rekod
couple."

"kau tak tau kan macam mana lelaki tu masa dia dengan bekas awek
dia.."

hmmm.. memang ayat-ayat kau buat aku terdiam. buat aku berfikir
bukan untuk seketika. tapi untuk sepanjang malam. untuk keesokan
harinya juga! dan sehingga ke hari ini pun aku masih memikirkan setiap
patah perkataan yang kau muntahkan. sedikit demi sedikit aku telan.
(cehhh.. da macam badang makan muntah hantu pulak.. =..='')
dan sedikit demi sedikit aku terima mengikut logik akal. memang masuk
akal pun apa yang kau perkatakan.

TAPI...

KAWAN 2
"Azeema!!! apa yang kau buat ni! kau tahu tak dia ikhlas! dia nak kau je!"

"kau tau tak macam mana dia masa dia tau kau sakit! suara dia terus
berubah!"

"cuba kau fikir balik apa yang dia buat untuk kau selama ni. dia jaga
kau betul-betul dekat sana."

cukuplah! aku dah tak larat dengan semua ni. biarlah benda ini berlalu.
biarkan perasaan aku ini tergantung tanpa noktah. biarkan hati aku ini
mencari sendiri insan yang selayaknya untuk disematkan namanya.
aku berserah kepada Sang Pencipta. Dialah sebaik-baik pencipta.
dan Dia lebih mengetahui.

p/s: okeh.. aku tak tahu apa kaitan tajuk post dengan content post..
=.=''

Saturday, June 11, 2011

Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku
Asal kau pun bahagia dalam hidupmu
Dalam hidupmu..

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku
Cintaimu pun adalah bahagia untukku
Bahagia untukku..

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

***************

Apa yang aku rasa sekarang, bercampur-baur. Aku keliru. Aku sakit hati.
Aku kecewa. Aku rasa terseksa dengan tindakan aku sendiri. Penantianku
selama ini sememangnya sia-sia. Ketulusan hatiku ini tidak langsung
dibalas dengan sewajarnya. Cintaku ternyata bertepuk sebelah tangan.
 Tapi aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan aku seorang insan
yang menyayangi diriku ini. Mungkin ini masanya untuk aku
mengikis perasaan aku terhadap dia dan mula menerima insan baru
dalam hidup aku.


***************