Monday, May 30, 2011

10 Hari

banggakah aku kini bergelar mahasiswa UiTM?
aku sendiri tidak pasti. yang aku tahu, sepanjang aku bernafas di bumi seri
iskandar, hidup aku serba gembira. bukan bermaksud aku gembira
berjauhan daripada keluarga tercinta. tapi baru kini terasa nikmat gembira
sepanjang aku hidup di tempat orang. dan buat julung kalinya, aku gembira
hidup di asrama. sememangnya hidup sebagai mahasiswa sesuatu yang
menyeronokkan tapi masih perlu beringat dan mesti pandai menjaga diri.

di sini, tiada lagi ibu dan ayah yang akan sentiasa menjaga kita. tiada juga
abang dan kakak yang akan selalu memerhatikan kita. warden-warden
seperti di sekolah asrama pun tiada untuk memantau aktiviti kita. seratus
peratus tanggungjawab digalas oleh diri kita sendiri. pandai-pandailah
membawa diri. jangan sampai sudah terhantuk baru nak terngadah.

1 comment: