Friday, April 22, 2011

Surat Kepada BOYFRIEND Anak Aku

Kepada BF anak aku,

Peraturan 1:

Kalau kau sampai dekat pagar rumah aku lepas tu dok hon…hon,
pastikan kau bawak barang yang nak dihantar.. sebab kau takkan ambil
apa-apa atau sesiapa..

Peraturan 2:

Jangan kau pegang-pegang anak aku depan atau belakang aku. Kau boleh
pandang dia, selagi mata kau tak merayau lebih dari paras leher anak aku.
Kalau kau tak boleh jaga tangan kau dari dok pegang-pegang anak aku..
aku boleh tolong cabut dan jaga tangan kau dekat rumah..

Peraturan 3:

Aku tau sekarang nih fesyen budak-budak pakai seluar londeh sampai
nampak boxer atau spender.. Aku nih open-minded, aku pun tak nak
menghalang kau berfesyen.. so aku takkan suruh kau pakai seluar tu
elok-elok macam manusia normal.. Tapi, bagi memastikan yang seluar kau
takkan terbukak atau dibukak semasa ber'dating' dengan anak aku, aku
akan pakai stapler gun dekat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar kau
dekat pinggang..

Peraturan 4:

Aku rasa mesti kau tau pasal kempen seks 'selamat' yang omputih dok
canang hari-hari dekat tv atau internet.. Kalau tak pakai perlindungan
macam kondom atau lain-lain, kau mungkin akan dapat penyakit yang akan
meragut nyawa kau satu hari nanti.. Meh sini aku nak bagitau, kalau dengan
anak aku nih, aku laa pelindung tu.. dan aku akan mendatangkan sakit
dekat tubuh badan kau dan berkemungkinan besar akan bunuh kau jugak..
faham?!

Peraturan 5:

Biasalah kalau kau nak berkenalan lebih baik dengan aku nih sebagai
calon bapak mertua kau.. kau nak berbual pasal politik, pasal sukan atau
lain-lain isu hangat semasa.. Aku takmo dengar semua tu.. aku nih tak kuno..
tiap-tiap hari aku baca paper.. rumah aku pun ada tv.. boleh tengok
berita TV3.. Satu je topik yang aku minat nak dengar, 'bila kau nak hantar
anak aku balik ke rumah nih semula?' dan jawapan yang aku nak dengar
cuma, 'awal'..

Peraturan 6:

Aku rasa kau nih hensem, kalah brad pitt.. popular kat kolej/pejabat kau,
banyak peluang nak dating dengan aweks-aweks lain yang lagi kiut-miut..
aku tak ada hal dengan kelebihan kau tu..selagi anak aku pon ok dengan
kepopularan kau.. Tapi, sekali kau da couple dengan anak aku, kau jangan
pandai-pandai cari perempuan lain sampai laa anak aku dah bosan dengan
kau atau dia break-off dengan kau.. Kalau kau buat anak aku menangis,
aku pulak akan buat kau menangis.. hehehehe...

Peraturan 7:

Sementara kau menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalau
dia bersiap lama sangat.. Kalau kau nak orang yang punctual, kau boleh
dating dengan mat askar.. jadi laa kau gay.. Kalau kau bosan menunggu
dekat luar tu, ringan-ringankan laa tangan tolong laa buat apa yang patut,
macam basuh kereta aku atau cat pagar rumah aku nih.. da lama sang
karat menginap secara percuma dekat pagar antik aku nih..

Peraturan 8:

Tempat-tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating..
tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa-apa tempat yang
boleh duduk-duduk atau baring-baring.. tempat-tempat yang tak ada
kehadiran orang tua, polis, tok imam.. Tempat-tempat yang gelap..
Tempat-tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau
bersukaria.. Tempat-tempat yang panas sampai membuatkan anak aku
terpaksa pakai t-shirt tak ada lengan.. pakai short skirt. Tempat yang sejuk
sampai kau kena panaskan badan anak aku.. Movie yang romantik,
berunsurkan cium-cium tu elakkan.. Movie pasal seksa kubur atau hari
kiamat dibolehkan.. ;D

Peraturan 9:

Jangan sekali-kali menipu aku.. Aku nih nampak je perut buncit, kepala
hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan kau dari spy-spy aku..
Kalau aku tanya kau nak pergi mana, dengan siapa lagi yang join korang,
kau ada satu peluang je nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar
melainkan yang benar-benar belaka.. Aku ada satu senapang patah, satu
cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan dekat belakang umah aku
nih.. Selalunya aku dok menembak khinzir dekat situ.. Kalau aku tembak
kepala kau dekat belakang tu, tak ada siapa yang nak tanya.. Jangan
main-main dengan aku..

Peraturan 10:

Kau patut takut dengan aku nih.. kalau boleh biar sampai sangat-sangat
takut.. tapi jangan kau takutkan aku lebih daripada kau takutkan Pencipta
kau.. Aku nih dok teringat lagi peristiwa bukit kepong.. Sampai sekarang
kalau ada orang datang rumah senyap-senyap lepas tu dok berbual dekat
laman, aku memang nak tembak.. aku ingatkan komunis.. Nanti da habis
dating, sampai dekat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua-dua
tangan kau tinggi-tinggi.. Cakap dengan jelas, “saya datang hantar anak
pakcik”.. lepas tu terus blah.. Tak payah masuk minum teh.. Kilauan
matahari yang kau nampak dekat tingkap rumah aku nih sebenarnya
teropong senapang sniper aku..

hahahahaha!!

salam sayang,
bakal bapak mertua kau!

sumber: aishah ariff
diedit oleh: pemilik blog  

hahaha!! berkerut-kerut dahi kau baca surat daripada bapak aku!!

6 comments:

  1. obama tu bapaknya ke?stahu ak,dia lg suka yg dedah2 ni?haha.kalau aku la kan..ak ltak kat boyfren anak aku (kalau mkn cekodok lipas kuat brgn nak kawen..hehe ak xmkn ae..)mesti seorg yg kaya,baik,pndai agama,suka ke masjid,suka anak ramai,xmain kayu tiga, bla3...

    ReplyDelete
  2. maaf bapak...saya hantar anak bapak awal ea malam ni...

    ReplyDelete
  3. arif: obama tu laa boyfriend nya..
    kan dia tengah baca surat tu..
    hahahaha!!

    nizam: malam2 tak boleh keluar.. hahaha

    ReplyDelete
  4. haha sengal gle.. alamatnya tak kawin la anak kau nanti..~~
    KEY.

    ReplyDelete