Saturday, June 11, 2011

Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku
Asal kau pun bahagia dalam hidupmu
Dalam hidupmu..

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku
Cintaimu pun adalah bahagia untukku
Bahagia untukku..

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

***************

Apa yang aku rasa sekarang, bercampur-baur. Aku keliru. Aku sakit hati.
Aku kecewa. Aku rasa terseksa dengan tindakan aku sendiri. Penantianku
selama ini sememangnya sia-sia. Ketulusan hatiku ini tidak langsung
dibalas dengan sewajarnya. Cintaku ternyata bertepuk sebelah tangan.
 Tapi aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan aku seorang insan
yang menyayangi diriku ini. Mungkin ini masanya untuk aku
mengikis perasaan aku terhadap dia dan mula menerima insan baru
dalam hidup aku.


***************


Monday, May 30, 2011

10 Hari

banggakah aku kini bergelar mahasiswa UiTM?
aku sendiri tidak pasti. yang aku tahu, sepanjang aku bernafas di bumi seri
iskandar, hidup aku serba gembira. bukan bermaksud aku gembira
berjauhan daripada keluarga tercinta. tapi baru kini terasa nikmat gembira
sepanjang aku hidup di tempat orang. dan buat julung kalinya, aku gembira
hidup di asrama. sememangnya hidup sebagai mahasiswa sesuatu yang
menyeronokkan tapi masih perlu beringat dan mesti pandai menjaga diri.

di sini, tiada lagi ibu dan ayah yang akan sentiasa menjaga kita. tiada juga
abang dan kakak yang akan selalu memerhatikan kita. warden-warden
seperti di sekolah asrama pun tiada untuk memantau aktiviti kita. seratus
peratus tanggungjawab digalas oleh diri kita sendiri. pandai-pandailah
membawa diri. jangan sampai sudah terhantuk baru nak terngadah.

Saturday, May 21, 2011

Semua Tentang Kita


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama, saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka, saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

***************

after ni, setiap kali aku dengar lagu ni, aku akan ingat
korang. aku tak akan ingat dia lagi!

TERIMA KASIH Nailah dan Zharfan.

tak lupa juga budak baik, Nizam.
jangan lupa pesanan Echah ^_^
take care korang semua! 


p/s: suka gambar ni! tapi encik nizam tak ada pulak. maaf.

Thursday, May 19, 2011

Senyum!

ini semua merupakan conversation antara aku dan Echah Ariff

sebelum tu, Echah Ariff tanya,
"wei, chao pegi perak gak eh?"
kemudian, bacalah conversation dekat bawah ni ye...

 *perbualan dipotong kerana tidak penting. hahaha


 *boleh pulak tukar aku jadi adik. =.=''

yang best, bawah nih laa. hehehehe
amek kau Ahmad Shahrunnizam!! hahaha!!

Pergi Pada Yang Lebih Menyayangi


"azeema, kita ni perempuan. perempuan seharusnya hidup bersama lelaki
yang menyayangi kita. bukan lelaki yang kita sayang, tapi dia tak sayang
kita. lelaki tu yang akan jaga kita nanti. kalau kau pergi pada orang yang
kau sayang, kau yakin dia akan menjaga kau sebaik mungkin sedangkan
sayangnya bukan untuk kau?"

"azeema, dengar sini cakap aku. lupakan dia. jangan kau tunggu dia lagi.
dia tak nak kau. pergilah kau dekat orang yang sayangkan kau tu. penting
untuk seorang wanita mendapatkan lelaki yang menyayangi dia. rasa sayang
kau dekat dia, benda tu akan datang sendiri. lelaki tu ego, azeema. kalau
pun kau sayangkan dia, belum tentu dia akan balas rasa sayang kau tu."

"cuba kau fikirkan balik apa yang aku cakap. lelaki yang sayangkan
seseorang wanita tu, dia sanggup untuk melakukan apa sekalipun.
percayalah cakap aku. kau lupakan dia. pergi pada orang tu."

TERIMA KASIH, KAWAN.