Wednesday, May 18, 2011

Pelik Laa Kau Nih Blogspot

serius aku pelik gilaa dengan kau nih.. setiap kali aku on blogspot, mesti
susun atur entri aku jadi lain.. entri yang da lama aku buat pun boleh kau
letak paling atas.. kononnya baru publish laa.. whatever laa.. asalkan
entri aku tak hilang.. ^_^

Dia

hari ini aku keluar jalan-jalan dekat KL. best. serius best! 12 Mei 2011
akan kekal dalam memori otak aku selagi mendapat izinNya. on the way
balik, dalam komuter. aku tak salahkan dia kerana bertanya. kalau tak
bertanya, sampai bila-bila pun dia takkan mendapat suatu kebenaran.

pertanyaan dia cukup ringkas. tapi sangat-sangat bermakna!

"kau ada suka siapa-siapa?"

terima kasih kerana bertanya. secara tak sengaja, aku teringat kembali kisah
lama. aku tak tahu kisah suka atau duka. cuma aku akan tetap mengingati
dia sebagai pengajaran untuk diri aku.

bila sudah ditanya, takkan aku nak berdiam diri. jawapan yang jujur aku
berikan. tak tergamak untuk aku membohongi dia.

"tak ada. cuma ***** je laa."

jawapan yang pelik ke? tapi itu memang ikhlas. aku tak tipu.mungkin aku
masih menunggu dia walaupun aku tahu tiada ruang di hatinya untuk aku.
aku cuma menunggu masa agar Tuhan memberi peluang kepada aku untuk
menerima orang baru. Terima kasih ***** kerana hadir dalam hidup aku
yang serba kekurangan ini.

Bila Hati Dah Remuk, Semua Akan Terabai


Kecewa..

Pedih..

Perit..

Sakit..

Remuk..

Hancur..

Berkecai..

Semua ini menjadi satu. dan yang satu itu ada pada diri aku.
aku bingung. tapi aku tak mahu mempersoalkan takdir yang telah
disusun rapi olehNya. aku akur. biarkan aku sendiri. biarkan aku
pergi. biarkan aku berfikir. biarkan aku mencari ketenangan hati.
ini blog aku. jangan mempersoalkannya. kau tak suka, kau
boleh unfollow.

Tuesday, May 17, 2011

Apa Salah Aku?


Insiden petang tadi memang buat aku terkejut! sentap sendiri! lidah aku
kelu. terpaku aku depan laptop kepunyaan adikku ini. aku memang tak
bersalah. jadi, memang aku tak perlu takut untuk membidas kembali
hujah-hujah tak berasas dia tu.

Aku tak tahu kenapa mesti kau kata aku macam tu. kau cemburu ke?
kau tak perlu rasa sangsi terhadap keakraban aku dengan dia. kau tak
suka, kau cakap. jangan jadi mami jarum. kau cerita benda yang tak
benar. kau fikirkan perasaan kau je. aku ni?

Aku da patah hati dengan kau. dari dulu lagi aku cuba nak berbaik
dengan kau. bila Allah da buka pintu hati aku, kau buat macam ni.
Aku tak tahu di mana salah aku. masa sekolah dulu pun, aku tak rapat
dengan kau. kalau dia yang kau inginkan, kau ambil. jangan kau jaja
status aku. aku bukan dia punya dan dia bukan aku punya.

tikaman kau lebih menyakitkan daripada ni.

Wednesday, May 11, 2011

Tiada Jalan Keluar Bagiku

Bermula jam 1200, 6 Mei 2011. Internet di rumahku sudah mula buat
perangai. Memang aku tak suka internet slow! Ketika itu, aku dapat
merasakan keghairahan rakan-rakan seperjuangan untuk melihat keputusan
UPU. Apa kurangnya aku? Aku pun ada dalam list jugak! Tak terkecuali!

Sebaik sahaja mendapat tahu aku diterima untuk meneruskan pengajianku
di UiTM (seni lukis dan seni reka), terbit kesyukuran kepada Yang Maha
Esa. Sesungguhnya Dia telah menerima doaku dan mengabulkan hajatku.
Memang ini yang aku usahakan selami ini, dan semestinya aku
menghendakkannya!

Tapi sehingga ke hari ini, aku masih belum mengesahkan penerimaan aku
untuk ke UiTM. Bukan aku tak mahu. Tapi aku takut tersilap langkah.
Ya, aku tahu aku minat. Tapi bagiku, minat menjadi tempat kedua dihatiku
apabila ditandingkan dengan ibu dan ayahku. Aku memilih UiTM, tapi
mereka mahukan aku ke Matrikulasi.

Aku tidak membantah, tidak jugak mengeluarkan hujah. Aku hanya
membatukan diriku. Bukan aku tak mahu mempertahankan keinginan aku,
cita-cita aku, dan masa depan yang telah aku pilih. Tapi aku tidak mahu
mengguris hati mereka. Sungguh! Aku lemah bila mereka mula bersuara.
Kerana aku sangat sayang ibu dan ayah.

Ya Allah, masih berbaki 2 hari untuk aku membuat pilihan. Dalam sujudku,
aku meminta petunjukMu Ya Allah. Dalam kesyahduan doaku, aku selitkan
permintaanku agar Kau memberiku sebaik-baik jalan penyelesaian.
Sesungguhnya aku hambaMu yang kerdil, yang hina ini amat
mengharapkan pertolongan daripadaMu agar permudahkan aku membuat
pilihan.

Ya Allah, Tuhan pencipta alam, yang telah menjatuhkan dugaan ke atas
diriku ini. Aku meminta kepadaMu agar menunjukkan aku jalan keluar
untuk masalahku ini selepas istikharahku. Seandainya masih tiada jawapan
daripadaMu, aku akan patuh kepada ibu dan ayahku.