Wednesday, November 12, 2014

Kerana Mulut Hati Terluka

Elok lagi berdiam diri
Daripada berkata-kata menyakitkan hati.

Banyak berbicara biar berilmu
Bukan lantang bersuara, mulut berbau.

Nak tegur biar berhemah
Bukan tegur, disumpah seranah.


Saturday, November 8, 2014

Yakin Ke?

"Kau amek course ni nanti nak jadi apa?"

"Apa je korang belajar? Ada future ke?"

"Amek [isi ruangan ini]?? ooo.." (pandang sebelah mata je)


Well guys, korang yang cakap macam ni confirm dah ke
habis study nanti jadi engineer? jadi doktor? jadi pharmacist?

Jangan suka pandang rendah terhadap kerjaya orang lain.
Takut nanti berlagak masa belajar, habis nanti keluar takde
kerja. Yang korang perlekehkan tu yang offer korang kerja
pulak kan.. ehehe..

Ingatlah kawan2.. Rezeki tu ada di mana sahaja. :)


Friday, April 5, 2013

Playboy


Once you are a playboy, forever you are a playboy

You can't deny about it.



Tuesday, February 26, 2013

Yakinlah



Hidup di muka bumi ini umpama roda.
Sekejap kita dia atas, sekejap kita di bawah.
Dugaan dan cabaran datang bertubi tubi.
Sehingga adakalanya terdetik di hati kita,
"hidup ini tidak adil".

Tapi yakinlah kawan kawan.
Allah tidak akan menguji hambaNya mengatasi
kemampuan hambaNya itu.

Renung renungkan..



Wednesday, May 2, 2012

Segmen : Miss Z Cari Blogger


Assalamualaikum. ni buat kedua kalinya empunya blog Official Zee 
join bloglist. sebelum ni anjuran siapa tah.. lupa pulak.. sorry.. 
btw, kawan2 jom la
join segmen miss Z cari blogger ni.. boleh tambah followers 
tau disamping dapat kenal2 dengan blogger2 lain :)


Klik Sini :)

tagging
Katak
Naez
Emir

Looking Back



I always knew looking back on the tears would make me laugh, 
but I never knew looking back on the laughs would make me cry.


Thursday, April 19, 2012

Think Before Answering



p/s: I got this from Google.. I'm not owned this image


Thursday, April 12, 2012

This Is So True


Phone on silent : 10 missed calls 15 messages. 
Turns volume to loudest : Nobody calls and text all day



Love Quotes

 
Relationships nowadays: 
1 Male, 1 Female, 1 Ex trying to mess it up & 1 friend secretly hoping it ends.
 
 

Wednesday, November 9, 2011

Forgiving

Follow up a bad deed with a good deed, to waive it out..

So, kawan-kawan...

Let's try to forgive someone who has hurt us deeply, in the hopes
that Allah will forgive us :)


Thursday, November 3, 2011

Cintaku Sehujung Kuku

Jangan mencintai seseorang setinggi langit..
Kerana langit boleh runtuh..

Jangan mencintai seseorang sedalam laut..
Kerana laut boleh surut..

Jangan mencintai seseorang sebesar dunia..
Kerana dunia boleh hancur..

Cukuplah mencintai seseorang sehujung kuku..
Walaupun kecil, walaupun selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh.

 


Pencarian Blog Follower Bawah 500

jom ramai2 kita join segmen ni :D


nak join??
nak tau syarat2 nya??



thank you genkcorner



Monday, October 24, 2011

I Smile

I smile when i see you, 

I smile when i talk to you, 

I smile when you're near me,

 I smile when you look at me,

 I smile when I think of you,

 I smile for you.. 

Just for you.....




thanks dear ♥








Tuesday, July 26, 2011

Aku Tak Suka Tapi Dia Datang Jugak!

SAKIT HATI
dua patah perkataan yang memberi sejuta kesakitan


Aku tahu memang ditakdirkan atas muka bumi ini ada yang menghidap
penyakit hati. dan aku salah seorang daripadanya. orang kata bila kita
sakit, dosa kita akan berkurang. tapi aku tak rasa begitu. sebabnya
sakit hati yang aku alami sekarang, adalah sejenis penyakit hati yang
tiada ubatnya di hospital mahupun di farmasi-farmasi berdekatan.

Tak pernah aku minta sakit ini untuk datang bermastautin dalam hati
aku. aku cuba sedaya upaya aku untuk mengelak daripada sakit ini
terus bermaharajalela. tapi kali ini aku tewas dek kelemahan iman aku
sendiri. dan kini..... AKU SAKIT HATI. aku sangat-sangat sakit hati
dengan dia. aku berharap agar penyakit ini tidak menjadi lebih
kronik kerana aku takut akan diri aku sendiri. aku takut akan ketidak
warasan aku nanti.

Wednesday, June 29, 2011

Kabur

KAWAN 1

"Azeema.. sanggup ke kau berikan kasih sayang kau pada lelaki
yang pernah memberikan kasih sayang dia dekat perempuan lain
sebelum ni?"

"cuba kau fikirkan balik. kau pun tau kan. semua lelaki nak perempuan
yang baik. lagi best kalau dapat yang memang bersih daripada rekod
couple."

"kau tak tau kan macam mana lelaki tu masa dia dengan bekas awek
dia.."

hmmm.. memang ayat-ayat kau buat aku terdiam. buat aku berfikir
bukan untuk seketika. tapi untuk sepanjang malam. untuk keesokan
harinya juga! dan sehingga ke hari ini pun aku masih memikirkan setiap
patah perkataan yang kau muntahkan. sedikit demi sedikit aku telan.
(cehhh.. da macam badang makan muntah hantu pulak.. =..='')
dan sedikit demi sedikit aku terima mengikut logik akal. memang masuk
akal pun apa yang kau perkatakan.

TAPI...

KAWAN 2
"Azeema!!! apa yang kau buat ni! kau tahu tak dia ikhlas! dia nak kau je!"

"kau tau tak macam mana dia masa dia tau kau sakit! suara dia terus
berubah!"

"cuba kau fikir balik apa yang dia buat untuk kau selama ni. dia jaga
kau betul-betul dekat sana."

cukuplah! aku dah tak larat dengan semua ni. biarlah benda ini berlalu.
biarkan perasaan aku ini tergantung tanpa noktah. biarkan hati aku ini
mencari sendiri insan yang selayaknya untuk disematkan namanya.
aku berserah kepada Sang Pencipta. Dialah sebaik-baik pencipta.
dan Dia lebih mengetahui.

p/s: okeh.. aku tak tahu apa kaitan tajuk post dengan content post..
=.=''

Saturday, June 11, 2011

Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku
Asal kau pun bahagia dalam hidupmu
Dalam hidupmu..

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku
Cintaimu pun adalah bahagia untukku
Bahagia untukku..

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

***************

Apa yang aku rasa sekarang, bercampur-baur. Aku keliru. Aku sakit hati.
Aku kecewa. Aku rasa terseksa dengan tindakan aku sendiri. Penantianku
selama ini sememangnya sia-sia. Ketulusan hatiku ini tidak langsung
dibalas dengan sewajarnya. Cintaku ternyata bertepuk sebelah tangan.
 Tapi aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan aku seorang insan
yang menyayangi diriku ini. Mungkin ini masanya untuk aku
mengikis perasaan aku terhadap dia dan mula menerima insan baru
dalam hidup aku.


***************


Monday, May 30, 2011

10 Hari

banggakah aku kini bergelar mahasiswa UiTM?
aku sendiri tidak pasti. yang aku tahu, sepanjang aku bernafas di bumi seri
iskandar, hidup aku serba gembira. bukan bermaksud aku gembira
berjauhan daripada keluarga tercinta. tapi baru kini terasa nikmat gembira
sepanjang aku hidup di tempat orang. dan buat julung kalinya, aku gembira
hidup di asrama. sememangnya hidup sebagai mahasiswa sesuatu yang
menyeronokkan tapi masih perlu beringat dan mesti pandai menjaga diri.

di sini, tiada lagi ibu dan ayah yang akan sentiasa menjaga kita. tiada juga
abang dan kakak yang akan selalu memerhatikan kita. warden-warden
seperti di sekolah asrama pun tiada untuk memantau aktiviti kita. seratus
peratus tanggungjawab digalas oleh diri kita sendiri. pandai-pandailah
membawa diri. jangan sampai sudah terhantuk baru nak terngadah.

Saturday, May 21, 2011

Semua Tentang Kita


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama, saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka, saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

***************

after ni, setiap kali aku dengar lagu ni, aku akan ingat
korang. aku tak akan ingat dia lagi!

TERIMA KASIH Nailah dan Zharfan.

tak lupa juga budak baik, Nizam.
jangan lupa pesanan Echah ^_^
take care korang semua! 


p/s: suka gambar ni! tapi encik nizam tak ada pulak. maaf.

Thursday, May 19, 2011

Senyum!

ini semua merupakan conversation antara aku dan Echah Ariff

sebelum tu, Echah Ariff tanya,
"wei, chao pegi perak gak eh?"
kemudian, bacalah conversation dekat bawah ni ye...

 *perbualan dipotong kerana tidak penting. hahaha


 *boleh pulak tukar aku jadi adik. =.=''

yang best, bawah nih laa. hehehehe
amek kau Ahmad Shahrunnizam!! hahaha!!

Pergi Pada Yang Lebih Menyayangi


"azeema, kita ni perempuan. perempuan seharusnya hidup bersama lelaki
yang menyayangi kita. bukan lelaki yang kita sayang, tapi dia tak sayang
kita. lelaki tu yang akan jaga kita nanti. kalau kau pergi pada orang yang
kau sayang, kau yakin dia akan menjaga kau sebaik mungkin sedangkan
sayangnya bukan untuk kau?"

"azeema, dengar sini cakap aku. lupakan dia. jangan kau tunggu dia lagi.
dia tak nak kau. pergilah kau dekat orang yang sayangkan kau tu. penting
untuk seorang wanita mendapatkan lelaki yang menyayangi dia. rasa sayang
kau dekat dia, benda tu akan datang sendiri. lelaki tu ego, azeema. kalau
pun kau sayangkan dia, belum tentu dia akan balas rasa sayang kau tu."

"cuba kau fikirkan balik apa yang aku cakap. lelaki yang sayangkan
seseorang wanita tu, dia sanggup untuk melakukan apa sekalipun.
percayalah cakap aku. kau lupakan dia. pergi pada orang tu."

TERIMA KASIH, KAWAN.