Tuesday, July 26, 2011

Aku Tak Suka Tapi Dia Datang Jugak!

SAKIT HATI
dua patah perkataan yang memberi sejuta kesakitan


Aku tahu memang ditakdirkan atas muka bumi ini ada yang menghidap
penyakit hati. dan aku salah seorang daripadanya. orang kata bila kita
sakit, dosa kita akan berkurang. tapi aku tak rasa begitu. sebabnya
sakit hati yang aku alami sekarang, adalah sejenis penyakit hati yang
tiada ubatnya di hospital mahupun di farmasi-farmasi berdekatan.

Tak pernah aku minta sakit ini untuk datang bermastautin dalam hati
aku. aku cuba sedaya upaya aku untuk mengelak daripada sakit ini
terus bermaharajalela. tapi kali ini aku tewas dek kelemahan iman aku
sendiri. dan kini..... AKU SAKIT HATI. aku sangat-sangat sakit hati
dengan dia. aku berharap agar penyakit ini tidak menjadi lebih
kronik kerana aku takut akan diri aku sendiri. aku takut akan ketidak
warasan aku nanti.